Wednesday, October 21, 2009

kamera fujifilm 4.1 megapixel


mari dekat jangan segan..pakej murah takde kat bagan..
harga kamera RM250(boleh nego!).. dapat memori card 1 gig,
kabel transfer usb,pakai bateri AA aja,
sapa cepat aku bagi free bateri lagi dan boleh ambil gambar kenangan ngan aku lagi..hahaha


berminat boleh ym kat paies_aziz or email paies_aziz@yahoo.com or sms no 012-9073269



tunggu apa lagi??beli segera dan hadiahkan pada adik2,rakan2 dan makcik2 anda!!

Monday, October 12, 2009

zaim bashir


Ika menarik manja tangan zaim menaiki tangga rumahnya.Dengan langkah berhati-hati persis pencuri mereka melangkah perlahan-lahan.Dia bimbang akan mengejutkan ibubapanya yang sedang enak dibuai mimpi itu.Ada 'sesuatu' yang ingin dihadiahkan pada Zaim..


Zaim merupakan teman lelakinya sejak sekolah menengah lagi,mereka berkenalan melalui rakan sekelas Zaim,Remy.Ika sebenarnya menaruh hati pada Zaim sejak dibangku sekolah rendah lagi.Waktu itu Zaim belajar sekelas dengannya.Saat bermulanya Ika terpikat pada teman lelakinya,adalah apabila Zaim menghulurkan choki-choki kepadanya,setelah choki-choki miliknya dikebas oleh anak makcik kantin.Dari saat itu Ika sudah mula berangan-angan ingin memiliki hati Zaim..dan dia berjaya akhirnya!


Ika membuka pintu biliknya perlahan-lahan dan kembali menutupnya kembali."Tup"!punat kuncinya ditekan.jantung Zaim sudah mula berdegup kencang,tidak pernah terlintas dihatinya gadis secomel Ika akan mengajaknya kerumah pada waktu malam seperti ini.Tiada apa yang difikirkannya melainkan 'itu' sahaja.Walaupun ketakutan tetapi peluang keemasan ini tidak mahu dilepaskannya!


Ika menjeling manja pada Zaim sambil tersipu-sipu malu di katilnya.Dia mengajak buah hatinya itu duduk disebelahnya.."Abang,dudukla sebelah ayang,diri lagi watpe?!rintih Ika manja.Terkedu Zaim mendengar rintihan manja kekasihnya itu.Zaim pun duduk di sebelah Ika.Kakinya dikepit kemas,menghalang 'ia' dari menonjolkan diri.Baginya seorang lelaki perlu bersikap selamba dan macho serta tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.Tapi malam itu Zaim sendiri kurang pasti sampai bila dia boleh berlagak macho..Dia resah sekali..


"Abg!menung apa tu..org suruh duk sebelah pon lambat..nak ke tak nak ni.."kata Ika seakan-akan merajuk melihat perangai Zaim yang tiba2 sahaja berlainan seperti biasa."Sorila..ayang,abang seganlah tak biasa lagi"pujuk Zaim.."tak biasa?apa-apa jela..ok sekarang ayg nk abg tutup mata ek.barula surprise!jangan intai tau,kalau tak,tak dapat tau!"tegas Ika lagi.Zaim dengan pantasnya memejamkan matanya dengan rapat.Di fikirannya sudah terbayang susuk tubuh Ika yang gebu dan montok itu...jantungnya berdegup kencang..

"1,2,3 buka!surprise!!"jerit Ika lagi.Zaim dengan pantasnya mengalihkan tangan dimatanya dan terus memeluk Ika yang berada di sebelahnya..

"Pang!!"sebuah Kamus Dewan edisi 3 melekat di mukanya.."apa ni ayang!pukul orang guna kamus.sakit tau!"jerit Zaim sambil menggosok-gosok mukanya."Awaklah!tiba2 ja gatal peluk saya,gila apa?!dahla depan adik-adik saya pula tu"marah ika lagi."Adik2??tak nampak pulak masa aku masuk tadi."Zaim menoleh ke belakang,tercegat dua orang adik Ika,Ina dan Intan.Mereka kelihatan agak terkejut sekali barangkali tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka."Patutlah tak nampak menyorok belakang langsir.."rungut Zaim dalam hatinya..sudahlah sakit malu pula..



"Oooo..awak fikir lain ek..gatal!"cubit Ika lagi.Zaim tersipu malu dan tersengeh.."manalah saya tau awak ajak saya datang rumah malam2 buta, kata ada surprise kat bilik.lepas tu suruh saya tutup mata tak bagi intai lagi.saya ingat awak ajak ehem2 tadi.."kata Zaim lagi cuba mempertahankan dirinya."Awak ni,tulah budak lelaki selalu fikir bukan2.gataaaaaaaaaaaall bukan main.benda tu je difikirkannya..lagi satu sekarang baru pukul 10 ya..malam tak buta lagi.mama n papa memang selalu tidur awal hari kerja.buat malu ja depan dorang". kata Ika sambil menuding jari kepada adik2 kecilnya itu.Zaim menjeling pada adik2 Ika,mereka masih lagi tercegat dibelakangnya.

"Sudah2..cukup2..tutup mulut itu.masuk lalat pulak."kata Zaim lagi."Hehe sori bang,kitorang terkejut! tak sangka pulak abang camtu ingat abang ni alim..rupa-rupanya..gelak Ina lagi dengan kuatnya..sambil diturti oleh Intan.Merah muka Zaim malam itu,diimpikan kenikmatan tapi keaiban pula yang melanda.

"So apa awak nak surprise saya ni ayang?soal Zaim dengan lagak selambanya.Ika pantas mengeluarkan sebuah kotak kecil dibelakangnya.."Tadaa..nah bukakla."kata Ika sambil menghulurkan kotak kecil itu pada Zaim.Girang hatinya mendapat hadiah dari orang tersayang,"tak dapat ehem2 dapat hadiah pon bolehlah,barangkali jam kot!" bisiknya dalam hati."Tapi ringan sangat"!rungutnya lagi..
Dia pun membuka kotak itu dan melihat isi dalam kotak itu..


"Choki-choki??ni aja surprisenya??"soal Zaim hampa.."Haah.ingat tak dulu masa sekolah rendah awak bagi saya choki-choki awak,sebab saya punya anak makcik kantin kebas?sekarang sy pulang balik kat awk sebagai tanda kasih syg sy kat awk,sy ingat tau sampai skang!romantik kan sayang?" kata ika dengan gembiranya sambil merangkul lengan teman lelakinya itu.Dengan muka yang melepas dan agak keciwa..Zaim mengangguk perlahan."Haah..romantik sangaaaaaaaaaat sayang!!" =)

Followers